Satu Cerita...
Thursday, September 8, 2011 @ 11:30 AM | 1 Comment [s]
Hello followers. Huhu.. Harini rasanya tak de pape kot nak dipost.. sbb nie tgh malam aku blogging x)Nie.. aku nak bagitau satu cerita. Cerita nie aku reka sendiri, tp xsehebat Ain Maisarah xDDD Oraitee! Aku nak mula bercerita~ Sebelum tu! Mari kita kenal character dalam cerita nie... Pertama.. Teng Teng Teng!! Lee Gikwang Son Na Eun Yong Junhyung Jo Ga Eun Kisah bermula... '' Kau! Jangan ganggu Naeun lagi.. Faham tak?!'' Perut Gikwang ditumbuk bertubi-tubi oleh Junhyung. ''Aa.. Aduuh!'' Darah melimpah keluar dari mulut Gikwang. Gikwang mahu melawan balik, tetapi dia tidak berdaya. Junhyung lagi kuat daripadanya. Tiba-tiba... ''Andwe! Gikwang!!!'' Naeun menjerit nama Gikwang. ''Naeun?! Buat apa awak kat sini?!'' ''Junhyung! Antara kita sudah tiada apa-apa lagi! Gikwang.. Gikwang!! Kenapa awak tumbuk Gikwang sampai macam nie?!'' ''Sebab saya sayangkan awak Naeun! Terlalu sayangkan awak! Nie.. Nie! Budak nie menyibuk je! Buat apa pindah sekolah kalau hanya untuk memikat awek orang?!'' Kata Junhyung sambil menendang Gikwang yang berada dilantai. Junhyung cuba untuk memeluk Naeun, tapi dia mengelak. ''Junhyung, dengar sini ya! Awak, dan saya sudah tiada apa-apa hubungan! kalau ini cara awak untuk menyambung kembali, saya tak dapat terima awak, Junhyung. Kisah kita sudah berakhir.'' Selepas mendengar kata-kata Naeun, Junhyung hanya mendiamkan diri. Dia raas amat marah kepada Gikwang. Aaaargh! Kenapa dia mesti muncul dalam hidup kami?! getus hati Junhyung. Didalam hospital, wad bernombor AKB48... ''Gikwang, makanlah bubur ayam nie.. Kan ini kegemaran awak?'' kata Naeun didalam hospital. Gikwang dimasukkan kedalam wad selepas diyakini oleh doltor bahawa dia kekurangan darah, akibat ditumbuk oleh Junhyung diperut. ''Takpelah~ saya dah kenyang.. Mianhaeyo Naeun!'' ''Alahh.. makanlah sikit! Penat saya masak untuk awak!'' ''Okaylah macam tu, tapi awak pun kena makan sikit ya! Dah beberapa hari saya tengok awak tak makan.. Janganlah tak makan sebab saya.. Nanti awak sakit, saya jugak yang susah!'' ''Baiklah oppa~ Nah! Bukak mulut besar-besar... '' ''Hahaha.. Apalah awak nie Naeun! Layan saya macam budak kecik pulak!'' Beberapa minggu kemudian, Gikwang kembali kesekolah, tetapi.. ''Mana Gikwang nie Gaeun? Saya rindulah dekat die...'' Gaeun merupakan kawan baik Naeun. Nama mereka juga hampir-hampir sama :) ''Entahlah Naeun! Saya pun taktau.. Dah sebulan saya tak nampak die.. Agaknya mana die pergi ek?'' Gaeun cuba berseloroh. Sebenarnya, Gikwang pindah ke Pulau Jeju untuk menenangkan dirinya. Dia tak sanggup melihat Junhyung dan Naeun berenggang. Tetapi, dia sayangkan Naeun. ''Gaeun, kenapa muka awak macam pelik eh?'' ''Macam apa pulak nie Naeun? Mana ada pelik? Sayakan.. masih cantik lagi nie.. Hehehehe'' ''Elehh.. taulah ulzzang. Takde papelah Gaeun, eh jom! Dah lambat nak pergi kantin.. Nanti tak sempat!'' Dirumah Naeun... Ting Tong! Loceng rumah Naeun ditekan. Naeun membuka pintu dan terkejut melihat Gikwang berasa didepan matanya. ''Gikwang! Mana awak pergi selama nie.. Saya rindu awak tau?!'' ''Saya pun rindu awak.. Macam mana sekolah? Okay tak kalau tak de saya?'' ''Okay je.. tp lagi best kalau ada awak!'' ''Yeke?'' ''Ye.. Nie kenapa datang rumah? Tak pernah awak datang rumah saya.. Mesti ada apa-apa nie..'' ''Naeun.. Kalau saya bagitau awak nie jangan marah ea?'' ''Apenye?'' Gikwang beritahu semua isi hatinya kepada Naeun. Dan dia juga memberitahu bahawa Junhyung lebih baik buatnya. ''Junhyung lebih baik untuk awak, Naeun...'' ''Tidak! Kenapa awak jadi macam nie Gikwang? Bukankah itu kisah lama saya? Saya dah benci dengan dia! Saya lebih sayangkan awak!'' ''Naeun, janganlah cakap macam tu.. Saya mengaku saya nie pentingkan diri sendiri, tapi untuk membahagiakan semua orang. Saya bawa diri ke Pulau Jeju kerana mahu awak dan Junhyung berbaik semula. Tetapi, apa yang Gaeun bagitau saya, korang tak nak berbaik. Naeun, sebenarnya, saya datang sini untuk mengucapkan selamat tinggal kerana...'' ''SUDAH! Saya taknak dengar apa-apa lagi dari mulut awak. Awak, Junhyung, sama sahaja!!1 PERGI DARI SINI!!'' Gikwang tersentak dengan kata-kata Naeun, tetapi dengan mimik muka biasa, dia berkata ''Selamat tinggal, sayangku..'' dan menciumi dahi Naeun. Tetapi, apabila dia keluar dari rumah Naeun, sebuah kereta yang sedang laju melanggar Gikwang. ''GIKWANG!!!!!!!'' ''Telefon ambulans, cepat!'' ''Gikwang, wae? WAE?!'' Beberapa bulan kemudian, dikubur Gikwang... ''Naeun, awak janganlah bersedih lagi ya? Mesti Gikwang taknak awak jadi macam nie..'' Kata Gaeun untuk menyenangkan hati Naeun. ''Junhyung, Gaeun, saya rasa.. saya dah bersedia untuk melupakan kisah-kisah terdahulu dan memulakan hidup yang baru. Tolong ya? Untuk berikan semangat kepada saya.'' Kata Naeun. ''Okay~ Inilah Naeun yang saya kenal! Jom, kita pergi makan, mesti korang lapar kan? Yalah.. Dari pagi tadi kita disini.'' Junhyung memecahkan suasana yang sedih ini. Gikwang.. Kalaulah awak mendengar rintihan saya.. Saya amat mencintai awak.. walaupun awak sudah tiada disisi saya. Awak tak pernah meninggalkan hati saya.. Mianhae.. Gikwang-ssi.. Saranghaeyo.. rintih hati Naeun. MACAM MANA? BEST TAK? Mesti best kan? *sikit je... * Hahaha.. kalau korang ada idea untuk memperbaiki cerita ini, silalah komen di ShoutMix! Okay? Dadadaaa! Oh Yu Bin :) Labels: gikwang naeun junhyung gaeun sad-story |
The Disclaimer
Navigations! The Credits! |